TalentCorp Activities

 Global Business Service (GBS) Challenge and My Asean Internship

 

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Pembangunan Kerjaya dengan kerjasama TalentCorp telah menganjurkan satu taklimat berkenaan The Global Business Service (GBS) Challenge kepada pelajar-pelajar UUM pada 8 Mac 2016. GBS adalah satu program yang dapat memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar-pelajar berkenaan fungsi dan peranan industri masa kini. Pelajar akan mendapat peluang untuk mendapat pengalaman suasana bersama industri dengan menyelesaikan cabaran kes-kes yang sebenar yang diberikan oleh majikan-majikan yang mengambil bahagian. Ini dapat memupuk hubungan rapat antara industri dan akademik dalam menghasilkan graduan-graduan yang lebih bersedia dengan dunia industri kelak. TalentCorp juga memberikan taklimat berkenaan My ASEAN Internship, iaitu satu program kerjasama bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang melibatkan pelajar-pelajar terbaik dan graduan-graduan baru dari ASEAN. Di bawah program ini pelajar-pelajar yang terbaik dari universiti-universiti tempatan dan luar negara akan mendapat peluang untuk menjadi pelatih di syarikat-syarikat terkemuka serata ASEAN. Turut diadakan adalah sesi temuduga kepada pelajar-pelajar tempatan untuk merebut peluang sebagai GE Avengers. Pelajar-pelajar yang terpilih akan bertindak sebagai duta TalentCorp dalam menjalankan program-program antara Industri dan universiti. Pelajar-pelajar ini akan diberikan elaun bulanan dan juga latihan-latihan softskill. Antara pelajar yang berjaya ialah Siti Nur Ain Bt. Ariffin (College of Law), Mohammad Syafuan B. Nordin (Accounting), Nur Ilyana Syafira Bt. Abd Malek (College of Law) dan Nurul Fazilah Bt. Ayob (College of Law).

Contact Us

Career Development Centre
Student Affairs Department
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : 04 928 4076/4077/4078/4079/4080
Faks : 04 928 4081
 

Office Hours

Sunday - Wednesday : 8.00 a.m to 5.00 p.m

Thursday : 8.00 a.m to 3.30 p.m

Lunch Time: 1.00 p.m to 2.00 p.m

Visitor Counter

Today20
Yesterday26
This week122
This month418
Total903