Career & Entrepreneurship Carnival UUM 2015

 
Pada 19 dan 20 November 2015, Pusat Pembangunan Kerjaya telah menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UUM 2015. Lebih 21 syarikat korporat memberi peluang secara langsung kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam karnival tersebut dengan memberikan informasi dan penilaian berkaitan bidang kerja yang ingin dipohon. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Mohd Dino Khairri Shariffudin berkata program ini menjadi satu langkah kepada mahasiswa sebelum menjejakkan kaki ke industri pekerjaan yang lebih luas dan kompleks serta memupuk nilai-nilai keusahawanan dalam diri mereka.

Menurutnya lagi, sesesorang pelajar itu haruslah mampu untuk mengadaptasi kemajuan teknologi agar dapat mentransformasikan diri dalam bidang kerjaya yang diceburi. Di samping, dapat melaksanakan prosedur tugas yang lebih moden dan berteknologi. Pasaran kerja negara pada masa kini amat memerlukan modal insan yang berkualiti. Elemen kualiti yang dimaksudkan ialah pembentukan karektor yang mantap, kebolehan komunikasi yang baik dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi. Jika para graduan mempunyai semua elemen kualiti ini, persekitaran kerjaya negara akan dapat bergerak ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Katanya ketika berucap semasa majlis perasmian.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JobHouse Sdn. Bhd. , Encik Sam Elias semasa ditemubual berkata, pelajar UUM sepatutnya merebut peluang yang ada untuk mencari ilmu kerana karnival ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar di sini. Beliau berharap para pelajar tidak mensia-siakan peluang yang telah disediakan untuk mereka. Katanya lagi, Saya sangat berharap pelajar dapat beramai-ramai melibatkan diri dalam karnival ini, kerana ilmu semasa ingin memohon kerja sangat penting. Daripada program ini, pelajar dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang berdaya saing dan mempunyai nilai tambah ketika ingin mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat.

Tambahan itu, Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Awan Ismail berkata, karnival ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan hubungan serta kerjasama di antara pihak UUM dengan pihak industri. Tambah beliau lagi, pihak kami ingin memberi dan menyalurkan pelbagai maklumat mengenai peluang pekerjaan kepada pelajar UUM. Disamping, memberi pertolongan kepada pelajar yang akan bergraduat untuk mendaftar di syarikat-syarikat tersebut secara talian. Pihak kami berharap program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun, bagi memudahkan pelajar UUM mencari pekerjaan demi kepentingan masa depan mereka. Antara syarikat yang turut serta dalam karnival ini adalah FIRST SOLAR MALAYSIA, SONY EMCS (MALAYSIA) SDN BHD, FUJI ELECTRIC MALAYSIA SDN BHD, JOBSMALAYSIA UTC KEDAH dan banyak lagi.

Contact Us

Career Development Centre
Student Affairs Department
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : 04 928 4076/4077/4078/4079/4080
Faks : 04 928 4081
 

Office Hours

Sunday - Wednesday : 8.00 a.m to 5.00 p.m

Thursday : 8.00 a.m to 3.30 p.m

Lunch Time: 1.00 p.m to 2.00 p.m

Visitor Counter

Today7
Yesterday25
This week130
This month740
Total930