G2E Activities

477 PELAJAR SEMESTER ENAM DAN TUJUH HADIRI PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY ENHANCEMENT (G2E) BAGI RESUME LAB WRITING AND PERSONAL GROOMING BEFORE ATTENDING INTERVIEWS

INSTRICT  

Seramai 477 pelajar dari semester 6 dan 7 telah berjaya menghadiri program Graduate Employability and Enhancement (G2E) bagi Resume Lab Writing And Personal Grooming Before Attending Interviews anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pihak Jobstreet.com dan JobHouse. Sdn. Bhd. Program ini telah berlangsung selama sehari iaitu pada 15 September 2015 (Selasa) bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 3/1.Pelaksanaan program ini bertujuan membantu para pelajar untuk membuat persiapan sebelum memasuki alam pekerjaan. Pelajar diberikan pendedahan tentang teknik penulisan resume yang betul dan efektif serta memenuhi kriteria–kriteria yang sering diberi perhatian oleh bakal majikan. Selain itu, matlamat program ini juga untuk mempersiapkan para pelajar semester akhir dengan komunikasi berkesan, imej dan penampilan serta pengetahuan asas mengenai persediaan kerjaya agar menepati kriteria yang diperlukan oleh majikan. Penceramah-penceramah yang dijemput telah memberikan pelbagai informasi yang berguna kepada para peserta yang hadir. Antara topik menarik yang disampaikan adalah Resume Lab Writing oleh Mr. Edmund Teh dari Campus & Events Specialist, Marketing Department JobStreet.com dan Personal Grooming Before Attending Interviews oleh Encik Sam Elias dari JobHouse. Sdn. Bhd. Seramai 7 kakitangan CDC telah terlibat dengan program ini dan dibantu oleh 20 ahli CDC Peers yang merupakan sekretariat pelajar CDC. Selain terlibat dengan aktiviti-aktiviti CDC, CDC Peers juga berperanan sebagai pembimbing rakan sebaya dan pemudahcara dalam aktiviti-aktiviti anjuran CDC.

Contact Us

Career Development Centre
Student Affairs Department
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : 04 928 4076/4077/4078/4079/4080
Faks : 04 928 4081
 

Office Hours

Sunday - Wednesday : 8.00 a.m to 5.00 p.m

Thursday : 8.00 a.m to 3.30 p.m

Lunch Time: 1.00 p.m to 2.00 p.m

Visitor Counter

Today20
Yesterday26
This week122
This month418
Total903