AXIATA'S UNIVERSITY LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME 2016 WORKSHOP

Pusat Pembangunan Kerjaya telah mengambil satu inisiatif menganjurkan satu bengkel persediaan khusus kepada  27 orang pelajar yang berpotensi tinggi untuk turut serta  ke  pemilihan Axiata University Leadership Development Programme 2016 yang akan dibuka pada bulan Mac nanti.

Axiata's University Leadership Development Programme 2016 adalah program berbentuk 'summer camp' selama dua minggu yang dibuka kepada semua pelajar-pelajar sarjana muda yang berada di universiti-universiti tempatan dan luar negara. Setelah selesai menjalani program 'summer camp' seterusnya diberi peluang untuk menjalani internship selama 8 minggu di tahun berikutnya dimana-mana syarikat Axiata di negara-negara seperti Kemboja, Singapura, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka. Tujuan program ini dikendalikan oleh syarikat Axiata adalah melahirkan pemipin-pemimpin muda yang dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran kepimpinan.

Matlamat penganjuran bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar UUM secara khususnya dengan program-program yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional. Disamping itu juga ia dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar UUM untuk berinteraksi dengan pengurus-pengurus syarikat multinasional.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, dua orang guru bahasa dari Pusat Bahasa telah turut serta dalam membantu mempersiapkan diri para pelajar dari aspek penulisan dan juga komunikasi dalam bahasa Inggeris.

Contact Us

Career Development Centre
Student Affairs Department
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : 04 928 4076/4077/4078/4079/4080
Faks : 04 928 4081
 

Office Hours

Sunday - Wednesday : 8.00 a.m to 5.00 p.m

Thursday : 8.00 a.m to 3.30 p.m

Lunch Time: 1.00 p.m to 2.00 p.m

Visitor Counter

Today7
Yesterday25
This week130
This month740
Total930