TCDP Activities

 114 PELAJAR TAHUN AKHIR UUM IKUTI KURSUS TAKAFUL CAREER DEVELOPMENT PROGRAMME (TCDP) DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN ETIQA TAKAFUL

Edit Karnival Kerjaya 2015  

Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC), Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Etiqa Takaful telah menganjurkan Takaful Career Development Programme (TCDP) di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 29 hingga 31 Oktober khusus kepada pelajar tahun akhir. Seramai 114 orang pelajar tahun akhir dari pelbagai program pengajian di Universiti Utara Malaysia telah mengikuti kursus TCDP selama 3 hari 2 malam di Hotel Holiday Villa, Alor Star. Kursus tersebut telah disampaikan oleh seorang penceramah iaitu Encik Nadgarajan, wakil dari Etiqa Takaful. Kursus ini penting bagi mereka sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan Takaful Basic Exam (TBE) yang akan dijalankan pada 26 dan 27 November 2015. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pembangunan kemahiran insaniah graduan, memberi nilai tambah kepada graduan dan sekaligus pelajar dapat mengaplikasikan segala kemahiran insaniah ketika menghadiri program ini. Di samping itu, program dapat meningkatkan penglibatan industri dalam pembangunan kerjaya graduan.

 

Contact Us

Career Development Centre
Student Affairs Department
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : 04 928 4076/4077/4078/4079/4080
Faks : 04 928 4081
 

Office Hours

Sunday - Wednesday : 8.00 a.m to 5.00 p.m

Thursday : 8.00 a.m to 3.30 p.m

Lunch Time: 1.00 p.m to 2.00 p.m

Visitor Counter

Today20
Yesterday26
This week122
This month418
Total903